Perompak Larikan Barang Kemas Genting Highlands Hampir RM1.7 Juta Dalam Dua Minit

GENTING HIGHLANDS – Tiga individu hanya mengambil masa kira-kira dua minit untuk merompak sebuah kedai emas di Sky Avenue, Genting Highlands, dekat sini, sebelum melarikan barang kemas bernilai hampir RM1.7 juta, lewat pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob ketika mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek menaiki sebuah kenderaan sebelum menuju ke Genting Highlands bagi melakukan rompakan.

Menurutnya, suspek dipercayai memakai topi dan pelitup muka bagi menyembunyikan identiti, selain membawa senjata seperti kapak dan kuku kambing ketika memasuki premis berkenaan.

“Suspek mengambil masa sekurang-kurangnya dua minit untuk melakukan rompakan sebelum semua mereka dikesan menuruni Genting Highlands sejurus kejadian,” katanya ketika dihubungi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Azry berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya ketiga-tiga suspek sudah mempunyai perancangan sebelum menuju ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai laluan yang digunakan atau bagaimana suspek melarikan diri bagi tidak menjejaskan siasatan.

Katanya, usaha mengesan kumpulan berkenaan kini giat dijalankan menerusi siasatan dan risikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Kontinjen Pahang serta Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bentong.

“Siasatan dan risikan sedang dijalankan bagi mengesan kesemua suspek serta mengenal pasti kenderaan yang digunakan dalam kejadian ini,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sementara itu, sumber berkata, polis turut melancarkan Operasi Tutup (Op Tutup) sejurus rompakan berkenaan dilaporkan, bermula kira-kira jam 12 tengah hari sehingga petang tadi.

Operasi itu membabitkan pemeriksaan di beberapa laluan keluar dari kawasan Genting Highlands dalam usaha mengesan kenderaan yang dipercayai digunakan suspek.

Bagaimanapun, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan dinaiki suspek dipercayai sudah melepasi pusat pemeriksaan lebih awal sebelum Op Tutup dilaksanakan.

Polis kini sedang meneliti rakaman CCTV dari beberapa lokasi bagi mendapatkan petunjuk mengenai pergerakan suspek sebelum dan selepas kejadian. Rakaman berkenaan dijangka membantu siasatan untuk mengenal pasti identiti mereka serta laluan yang digunakan ketika melarikan diri.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, ketiga-tiga suspek dilaporkan memasuki sebuah kedai emas di Sky Avenue sebelum melarikan pelbagai jenis barang kemas dan emas yang keseluruhannya dianggarkan bernilai hampir RM1.7 juta.

Tiada maklumat lanjut mengenai kecederaan atau jumlah sebenar barang yang dilarikan setakat ini. Kes disiasat dan polis masih meneruskan usaha mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *