Spence tinggalkan Tottenham, sertai Inter Milan

ROME – Djed Spence meninggalkan Tottenham Hotspur untuk menyertai juara Itali, Inter Milan dengan yuran perpindahan dilaporkan mencecah 30 juta euro (RM141.64 juta).

Inter mengesahkan pertahanan England berusia 26 tahun itu menandatangani kontrak sehingga 30 Jun 2031, sekali gus menamatkan tempoh empat tahunnya bersama Tottenham.

“Bek kanan England kelahiran 2000 itu menyertai Nerazzurri daripada Tottenham menerusi perpindahan tetap. Spence menandatangani kontrak bersama kelab sehingga 30 Jun 2031,” kata Inter dalam satu kenyataan.

Tottenham turut mengesahkan pemergian pemain berkenaan selepas Spence menyertai kelab London itu daripada Middlesbrough pada Julai 2022.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sepanjang bersama Spurs, Spence membuat 85 penampilan dan menjaringkan dua gol.

Tottenham dilaporkan membayar 14 juta euro (RM66.10 juta) untuk mendapatkan khidmatnya, sebelum Spence muncul sebagai antara pertahanan paling berkesan pasukan itu dalam musim sukar lalu ketika mereka hampir tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris.

Spence turut memainkan peranan penting bersama England yang menamatkan kempen Piala Dunia 2026 di tempat ketiga.

Perpindahan ke Inter bukan pengalaman pertamanya di Serie A selepas dia pernah dipinjamkan ke Genoa selama enam bulan dari Januari hingga Jun 2024. – AFP

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *