Abang kepada Dr Akmal Saleh calon BERSAMA di PRN Melaka

MELAKA – Abang kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, antara 15 calon yang diketengahkan Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Dr Muhammad Solehin Saleh, 40 dipilih sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban dalam Parlimen Jasin.

Pengumuman itu dibuat pada majlis memperkenalkan calon BERSAMA yang dihadiri pemimpin parti berkenaan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad di Batu Berendam, di sini malam ini.

Pada majlis itu, BERSAMA mengumumkan akan bertanding di 15 kerusi DUN pada PRN Melaka tidak lama lagi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Calon yang diketengahkan parti itu adalah Datuk Ruzayhiman Jenal di DUN Kuala Linggi, Muhamed Arman Akil Abdul Talib (Rembia), B Lavern (Gadek), B Prasanth Kumar (Machap Jaya) dan Mohd Ridzuan Abdul Rahman di Sungai Udang.

Selain itu, Abdul Rashid Abu Bakar di Paya Rumput, Young Jie Yu (Klebang), Goh Han Koon (Pengkalan Batu), Muhammad Muhaimin Lau Abdullah (Ayer Keroh), Dr Aliza Che Amran (Bukit Katil) dan Dr Bryan Kek Kit Hun (Kesidang).

Ethan Lim Zhi Hao pula bertanding di Kota Laksamana, Muhammad Hazwan Mustafa (Telok Mas), Dr Muhammad Solehin Saleh (Bemban) dan Muhamad Shaffie Md Yasan (Serkam).

Ketika ditemui, Dr Muhammad Solehin berkata, hubungan kekeluargaan antara beliau dengan adiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau tidak terjejas walaupun kedua-duanya berada dalam jalur politik berbeza.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau berkata, hubungan mereka kekal rapat dan masing-masing memahami perjalanan politik yang diceburi.

“Saya dengan dia sangat rapat, kami okey dan tidak ada apa masalah. Kami adik-beradik memang selalu berbincang mengenai perjalanan politik masing-masing.

“Politik bukannya agama, hubungan adik-beradik adalah lebih penting berbanding politik,” katanya.

Beliau yang pernah dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) yang menjaga pembangunan DUN Bemban sebelum ini, berkata dakwaan pihak tertentu yang mendakwa mereka bergaduh dan tidak bertegur sapa adalah tidak benar, malah hubungan mereka sekeluarga kekal erat dan harmoni.

“Anak dia anak saya, anak saya anak dia. Ibu saya juga hadir memberi sokongan kepada saya, cuma ada orang luar di media kata kami bergaduh, sebenarnya tidak. Kami sangat baik.

“Dia (Akmal) adik yang baik, saya pun abang yang baik, semua okey,” katanya.

Dr Muhammad Solehin berkata, beliau juga tidak melihat kedudukan Dr Akmal dalam UMNO sebagai sesuatu yang akan membayangi kempen atau menjadi penghalang kepada usaha beliau menawarkan khidmat kepada rakyat Bemban.

Katanya, beliau sudah lama terbabit dalam aktiviti politik dan kemasyarakatan bersama adiknya, termasuk ketika Akmal belum menceburi politik secara aktif.

“Sebenarnya saya sudah bergerak dalam politik lebih kurang sama dengan dia, tetapi saya bukan dalam parti yang sama. Sebelum ini saya dalam Parti Amanah Negara (AMANAH), namun saya sudah meletakkan jawatan.

“Di tempat saya, sama ada di Merlimau atau Bemban, kami sama-sama membantu. Kami banyak melakukan kerja NGO, sebelum Akmal masuk politik pun kami sudah buat kerja NGO,” katanya. – Berita Harian

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *