Kes juruterbang bawa dadah: Malaysia diberi akses siasatan – Saifuddin

SUBANG – Pasukan penyiasat Malaysia telah diberikan akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil keterangan dan menjalankan siasatan terhadap juruterbang rakyat Malaysia yang ditahan di Jakarta berkaitan kes penyeludupan dadah, bulan lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perkembangan itu membolehkan siasatan lanjut dijalankan walaupun masih berada di peringkat awal.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima taklimat awal daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan mengenai status terkini proses berkenaan.

“Masih dalam proses, biar mereka lengkapkan dahulu proses itu dan saya juga akan berkongsi apa-apa perkembangan baharu daripada siasatan itu nanti,” katanya pada sidang media selepas majlis penerimaan Helikopter AW189 Maritim Malaysia di Stesen Udara Maritim Subang di sini, semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata susulan itu, satu pelan komprehensif untuk menambah baik kawalan keselamatan di lapangan terbang negara dijadual dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Rabu depan.

Saifuddin Nasution berkata, beliau telah meneliti taklimat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr Awang Alik Jeman yang mempengerusikan mesyuarat pelbagai agensi bagi memperincikan pelan.

“Saya memberikan tempoh dua minggu sejak minggu lalu untuk mereka memperincikan pelan ini. Jika tiada sebarang perubahan, saya akan membentangkannya pada mesyuarat Kabinet akan datang bersama-sama Menteri Pengangkutan,” katanya.

Pada 29 Julai lalu, seorang juruterbang warga Malaysia ditahan di Indonesia kerana disyaki cuba menyeludup sejumlah besar dadah termasuk lebih 70,000 pil ekstasi seberat 25 kilogram.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Lelaki berusia 39 tahun itu dilaporkan menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH727 dari Kuala Lumpur ke Jakarta sebelum ditahan di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *