PETALING JAYA – Polis tidak menolak kemungkinan hutang bermain kutu punca tiga beranak dilaporkan hilang dari rumah mereka di Taman Bayanmas, Bukit Kayu Hitam sejak 20 Julai lalu.
Ketua Polis Kubang Pasu, Radzi Abdul Rahim, berkata tiada pergerakan ke luar negara dikesan setakat ini dan satu laporan terhadap si isteri diterima daripada mangsa terbabit dalam permainan kutu.
“Siasatan masih diteruskan sebagai ‘orang hilang’ dan polis meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya ternampak mereka.
“Siasatan turut dijalankan dari segala sudut, termasuk kemungkinan menjadi mangsa pelakuan jenayah atau kemalangan, ” katanya menurut Harian Metro.
Semalam, media melaporkan Khairul Azhar Ahmad, 39, isterinya Siti Zulaikha Ahmad Sabri, 36, dan anak mereka Adid Khairul Azhar yang juga murid SK Felda Batu 8, Changlun gagal dikesan selepas keluar dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas sejak 20 Julai lalu.
Bapa wanita itu yang berusia 62 tahun membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam semalam, selepas gagal mengesan anak perempuannya, menantu serta cucunya.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
