RUU kesalahan syariah baharu Kelantan turut ambil kira keputusan kes Nik Elin

PETALING JAYA – Rang Undang-Undang Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 digubal dengan mengambil kira sepenuhnya alasan penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin serta kes terdahulu, bidang kuasa badan perundangan negeri dan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Fadzli Hassan berkata RUU itu akan dibentangkan pada persidangan DUN dari 11 hingga 13 Ogos ini bagi menggantikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Katanya, penggubalan undang-undang baharu itu adalah langkah susulan kerajaan negeri dalam menangani implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb 2024 yang membatalkan 16 peruntukan dalam enakmen berkenaan.

“Penggubalan ini membuktikan undang-undang syariah mampu berkembang melalui ijtihad perundangan dalam kerangka Perlembagaan,” katanya dalam kenyataan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada 9 Feb 2024, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 membatalkan 16 daripada 18 peruntukan yang dicabar oleh peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Mahkamah memutuskan DUN Kelantan tidak mempunyai kuasa menggubal peruntukan itu kerana inti patinya merangkumi perkara dalam Senarai Persekutuan, termasuk undang-undang jenayah umum yang hanya boleh digubal Parlimen.

Tahun lalu, DUN Kelantan telah meluluskan usul untuk menggubal semula 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 yang diisytihar batal dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan itu.

Mengulas lanjut, Fadzli berkata, kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah pada pertengahan 2024 untuk menggubal semula peruntukan yang dibatalkan, selain menjalankan kajian menyeluruh terhadap enakmen itu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Jelasnya, jawatankuasa berkenaan dianggotai pakar undang-undang sivil dan syariah, ahli akademik, pakar Perlembagaan serta pegawai kehakiman syariah.

“Draf mentah RUU ini melalui pelbagai peringkat termasuk telah melalui pembentangan di hadapan Jemaah Ulama Kelantan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bertanggungjawab menentukan persoalan fatwa dan hukum syara.

“Justeru ia mengambil masa yang sedikit panjang,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *