HSS Holdings, Eco-Shop bekerjasama lancar kek hari jadi Sinar Blind Box mampu milik

KUALA LUMPUR – Trend pempakejan ‘blind box’ yang kebiasaannya didominasi oleh jenama mainan kini berubah wajah apabila HSS Holdings Bhd. mengumumkan pelancaran Kek Hari Jadi SINAR Blind Box pada harga mampu milik RM2.60.

Ditawarkan khusus untuk mendepani kos sara hidup tanpa mengabaikan gaya hidup pembeli, setiap kotak buta seberat 100 gram itu mengandungi asas sebiji kek cawan muffin.

Ia turut disertakan bersama beberapa aksesori untuk konsep hias sendiri termasuk lilin, kad hiasan, taburan nasi berwarna dan krim hiasan dua warna.

Dengan menyatukan bahan makanan utama bakeri bersama format kotak buta, rutin pembelian kek kini bertukar menjadi sesuatu yang jauh lebih interaktif.

Produk ini secara langsung berfungsi sebagai sebahagian pencuci mulut, sebahagian hadiah, dan sebahagian permainan yang direka untuk menarik minat kanak-kanak, keluarga, pemberi hadiah serta para pengumpul.

Pembangunan produk inovatif ini merupakan hasil daripada perjanjian kerjasama strategik selama tiga tahun di antara H.S.S. Confectionery Foodstuff Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh HSS Holdings Bhd., bersama Eco-Shop Marketing Bhd.

Menerusi sinergi korporat berkenaan, HSS Holdings Bhd. memainkan peranan utama dalam mengendalikan aspek pembangunan serta pembuatan produk terbaharu ini.

Tugasan itu merangkumi proses formulasi resipi, sumber bahan sehinggalah kepada aspek pembungkusan dan jaminan kualiti.

Dalam masa sama, Eco-Shop Marketing Bhd. pula mengambil peranan untuk menerajui pembentangan di dalam kedai, kempen jualan serta inisiatif promosi merentasi seluruh rangkaian runcitnya.

Pasaran jualan akan dikendalikan secara eksklusif di semua cawangan Eco-Shop di seluruh Semenanjung Malaysia bermula Ogos 2026, selagi stok masih ada.

Pengarah Urusan HSS Holdings Bhd, Goh Chen Chang menjelaskan, produk Kek Hari Jadi Blind Box SINAR mewakili pendekatan baharu terhadap inovasi produk untuk syarikat pembekal berkenaan.

“Daripada hanya menawarkan kek kepada pengguna, kami memperkenalkan pengalaman yang menggabungkan hiasan, pemberian hadiah, kejutan dan koleksi dalam satu produk mampu milik,” kata Chen Chang.

Beliau turut menambah, platform runcit yang disediakan oleh Eco-Shop sangat kukuh untuk membawa konsep berkenaan terus kepada khalayak pengguna yang luas di pasaran.

Turut mengulas mengenai usaha sama strategik itu, Pengarah Merchandising Eco-Shop Marketing Bhd., Peggy Lee Kuan Hiong yang berkata, pihaknya sentiasa mencari jalan untuk memberi lebih nilai dan sebab untuk pelanggan tersenyum dengan setiap kunjungan.

“Kek Hari Jadi Blind Box SINAR sangat sesuai dengan semangat itu – ia berpatutan, menyeronokkan dan sedikit tidak dijangka, yang merupakan jenis produk yang disukai oleh pembeli kami daripada kami,” ujar Kuan Hiong.

Sebagai rekod, HSS Holdings Bhd yang memulakan perniagaan sejak tahun 2004 kini memiliki lebih daripada 20 tahun pengalaman dengan menawarkan portfolio melebihi 6,000 unit simpanan stok merentasi produk bakeri.

Syarikat berkenaan juga merancang untuk terus memperkukuh keupayaan pembuatannya dan mengembangkan penawaran produk bagi menyokong pertumbuhan berterusan di pasaran Malaysia.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *