Lelaki tular laku aksi ‘wheelie’ bersama isteri, anak kecil ditahan polis

ALOR SETAR – Polis semalam menahan seorang lelaki yang tular di media sosial kerana menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi “wheelie” sambil membawa isteri dan anak perempuannya yang berumur empat tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai operator kilang itu ditahan di pekarangan Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada kira-kira 3.40 petang.

Beliau berkata seorang pegawai polis telah membuat laporan selepas mengesan video berdurasi 17 saat yang dimuat naik di media sosial memaparkan aksi suspek di Lebuhraya Darul Aman berhampiran Dataran Bandar di sini.

“Susulan laporan itu, lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan. Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 28 Mac lepas ketika suspek dalam perjalanan keluar makan malam bersama keluarganya,” menurutnya dalam satu kenyataan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Syed Basri juga berkata lelaki itu direman sehari sebelum dijangka dibebaskan dengan jaminan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *