Bersama Lancar Aku Janji PRN Johor, Tekankan Integriti dan Ketelusan

Oleh Siti Khadijah Manudin

JOHOR BAHRU – Parti Bersama Malaysia melancarkan dokumen Aku Janji bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai komitmen untuk mengamalkan politik berintegriti, telus dan bertanggungjawab sekiranya diberi mandat oleh rakyat.

Presiden Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, setiap calon parti itu diwajibkan menandatangani Aku Janji yang mengandungi beberapa komitmen utama, termasuk pengisytiharan aset, pematuhan kepada prinsip antlompat parti serta ketelusan dalam pembiayaan kempen.

Menurut beliau, maklumat berkaitan aset, hutang, pendapatan dan perbelanjaan calon turut akan didedahkan kepada umum bagi membolehkan pengundi membuat penilaian berdasarkan fakta.

Selain itu, calon-calon Bersama turut menandatangani surat aku janji bersyarat dan bersetuju dikenakan bon penalti sekiranya melanggar komitmen antlompat parti yang ditetapkan.

Rafizi berkata, pendekatan tersebut mencerminkan kesungguhan parti untuk memperkenalkan budaya politik baharu yang lebih berakauntabiliti serta mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik.

Beliau berharap Aku Janji itu dapat meningkatkan keyakinan pengundi terhadap komitmen Bersama dalam melaksanakan tadbir urus yang telus dan berintegriti sekiranya memenangi kerusi yang ditandingi pada PRN Johor.

Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *