KKR Percepat Pelaksanaan LTU Pahang, Tangani Projek Lewat

Oleh Fatin Sajidah Fathuldin

LIPIS – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus memperkukuh penyelarasan pelaksanaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Pahang bagi memastikan projek infrastruktur strategik itu dapat disiapkan mengikut jadual serta memberi manfaat kepada rakyat dan sektor ekonomi.

Perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Khas (Task Force) LTU Pahang Bilangan 2 Tahun 2026 yang dipengerusikan bersama Ketua Setiausaha KKR, Datuk Seri Azman Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Nazri Abu Bakar di Lipis.

Menurut Azman, kemajuan LTU di Pahang menunjukkan perkembangan positif apabila Seksyen 3J dari Kampung Seberang Jelai ke Kampung Relong telah mencapai hampir 90 peratus kemajuan fizikal dan dijangka siap dalam masa terdekat.

Sementara itu, Seksyen 5A (Raub Bypass) telah siap sepenuhnya dan kini dibuka kepada pengguna jalan raya.

Azman berkata, projek LTU merupakan rangkaian jalan strategik yang bakal memperkukuh hubungan antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

“Apabila siap sepenuhnya, LTU bukan sahaja meningkatkan kesalinghubungan dan mobiliti rakyat, malah mempercepatkan pergerakan logistik serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada masyarakat setempat,” katanya.

Mesyuarat turut meneliti status pengambilan balik tanah, prestasi fizikal dan kewangan projek serta langkah susulan bagi memastikan pelaksanaan setiap seksyen berjalan lancar.

KKR menegaskan komitmennya untuk memastikan projek infrastruktur strategik dilaksanakan secara cekap, berkualiti dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta inisiatif MYJalan.

Fatin Sajidah Fathuldin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di Nasional Daily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *