Industri Aeroangkasa Jana RM32.5 Bilion, Selangor Perkukuh TVET

Oleh SiIti Khadijah Manudin

SHAH ALAM – Industri aeroangkasa negara terus berkembang dengan nilai penjanaan mencecah RM32.5 bilion pada 2025, selain mencatat eksport sebanyak RM7.95 bilion dan menyediakan lebih 34,500 peluang pekerjaan kepada rakyat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peranan kerajaan negeri itu sebagai pemain penting dalam industri berteknologi tinggi amat penting.

Menurut beliau, kejayaan UMW Aerospace menghasilkan komponen enjin Rolls-Royce sepenuhnya di Malaysia membuktikan keupayaan selangor di peringkat global.

Beliau berkata, usaha memperkukuh pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) aeroangkasa turut dipertingkat bagi memastikan kesinambungan industri, dengan Politeknik Banting antara peneraju latihan kemahiran melalui kerjasama industri.

“Kerjasama ini melibatkan pihak industri termasuk UMW dan vendor di Jenjarom dalam melahirkan tenaga kerja mahir,” katanya katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebooknya.

Tambah beliau, agensi Invest Selangor turut memainkan peranan dalam pembangunan bakat bagi memastikan bekalan tenaga kerja berkemahiran tinggi mencukupi.

Beliau berharap pembangunan sektor itu akan terus berkembang sehingga mampu memberi impak luas, termasuk menyumbang kepada industri penerbangan global.

Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *