Impian Ronaldo bergandingan dengan anaknya bakal tercapai

RIYADH – Cristiano Ronaldo Jr, anak legenda bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, berpotensi berlatih bersama skuad utama Al-Nassr seawal musim 2026-27.

Kelab Arab Saudi itu dilaporkan mempertimbangkan untuk mempercepatkan perkembangan pemain berusia 16 tahun itu dengan menyenaraikannya dalam latihan skuad utama selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan di peringkat akademi.

Ronaldo, 41, sebelum ini menyuarakan hasrat untuk beraksi bersama anaknya di pentas profesional, namun mengakui masa semakin suntuk.

“Saya mahu ia berlaku, tetapi ia bergantung kepada dirinya. Masa semakin suntuk dan suatu hari nanti saya perlu berhenti,” kata Ronaldo.

Ronaldo Jr, yang beraksi sebagai penyerang, sebelum ini pernah mewakili Manchester United di peringkat remaja serta skuad remaja Portugal.

Beliau turut menyertai akademi Real Madrid untuk sesi latihan sebelum ini, sekali gus membuka peluang ke Eropah pada masa depan.

Jika direalisasikan, mereka berpotensi menyertai senarai pemain yang pernah beraksi bersama anak masing-masing seperti Rivaldo dan anaknya Rivaldinho serta Henrik Larsson bersama anaknya Jordan Larsson.

Ronaldo menegaskan beliau tetap berbangga dengan apa jua pilihan anaknya, sama ada meneruskan kerjaya bola sepak atau sebaliknya. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *