AS Hentikan Perdagangan Maritim Iran

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan penuh terhadap pelabuhan Iran dengan menghentikan semua aktiviti perdagangan maritim yang melibatkan negara itu.

Menurut Markas Pusat AS (CENTCOM), sekatan tersebut melibatkan semua kapal dari pelbagai negara yang memasuki atau keluar dari pelabuhan serta kawasan pesisir Iran.

Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan tekanan terhadap Iran susulan konflik berterusan di Asia Barat, khususnya melibatkan laluan strategik seperti Selat Hormuz.

Pelaksanaan sekatan berkenaan dijangka memberi kesan besar terhadap aktiviti perdagangan antarabangsa, terutama eksport minyak Iran yang sebelum ini banyak bergantung kepada laluan laut.

Tindakan AS itu turut meningkatkan ketegangan geopolitik di rantau berkenaan, dengan beberapa pihak bimbang ia boleh menjejaskan kestabilan rantaian bekalan global serta keselamatan perkapalan antarabangsa. —  UTUSAN

Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *