Robert Kuok Kekal Individu Terkaya Malaysia, Senarai 2026 Saksi Kemasukan Nama Baharu

KUALA LUMPUR – Tokoh korporat, Robert Kuok terus mengukuhkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di Malaysia bagi tahun 2026, dengan anggaran kekayaan mencecah AS$13.6 bilion berdasarkan laporan terkini.

Laporan Forbes Asia menyatakan kekayaan beliau meningkat sebanyak 19 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mengekalkan penguasaan di tangga teratas senarai 50 individu terkaya di negara ini untuk satu lagi tahun berturut-turut.

Sementara itu, kedudukan kedua disenaraikan milik taikun industri aluminium, Koon Poh Keong bersama adik-beradiknya, diikuti pasangan adik-beradik Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng dari Kumpulan IOI yang berada di tempat ketiga.

Senarai tahun ini turut menyaksikan kemunculan beberapa nama baharu termasuk pengasas bersama rangkaian runcit Eco-Shop, yang pertama kali tersenarai dalam kelompok individu terkaya negara.

Secara keseluruhan, gabungan kekayaan 50 individu terkaya Malaysia meningkat hampir 30 peratus kepada AS$116 bilion, didorong pertumbuhan ekonomi, pengukuhan ringgit serta aktiviti penyenaraian awam permulaan (IPO) yang rancak.

Sementara itu, pengasas bersama Eco-Shop Marketing Bhd, Lee Kar Whatt mencipta sejarah apabila tersenarai buat pertama kali dalam senarai berkenaan dengan nilai kekayaan dianggarkan AS$1.5 bilion.

Kemunculan beliau dalam senarai itu susulan kejayaan penyenaraian syarikat Eco-Shop di Bursa Malaysia pada 2025, sekali gus mencerminkan perkembangan pesat sektor peruncitan tempatan.

Laporan itu turut menunjukkan majoriti individu dalam senarai berkenaan mencatatkan peningkatan kekayaan, sejajar prestasi ekonomi negara yang lebih kukuh sepanjang tahun lalu.

Berita ini diolah semula oleh Siti Khadijah Manudin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *