Sultan Pahang Isytihar UniPSAS sebagai Universiti al-Quran UniQSAAS

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memasyhurkan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) dengan nama baharu, Universiti al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UniQSAAS).

Istiadat pemasyhuran tersebut berlangsung di Balai Seri Temenggung, Istana Abdulaziz dan disempurnakan sendiri oleh baginda.

Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Ampuan Pahang; Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Mahkota Pahang serta anakanda-anakanda baginda yang lain.

Pemasyhuran itu turut disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada majlis tersebut, Dr. Zambry mempersembahkan warkah pemasyhuran pertukaran nama universiti milik penuh Kerajaan Negeri Pahang itu kepada Al-Sultan Abdullah.

Pada 6 Februari lalu, baginda menzahirkan perkenan supaya UniPSAS dijenamakan semula sebagai UniQSAAS, sekali gus menjadikannya universiti pertama seumpamanya di negara ini yang memfokuskan kepada pengajian berteraskan al-Quran.

Al-Sultan Abdullah bertitah, penjenamaan semula itu bukan sekadar pertukaran nama, sebaliknya melambangkan hala tuju yang jelas dalam menjadikan al-Quran sebagai mercu tanda pembangunan ilmu dan rohani negeri Pahang.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *