GEORGE TOWN – Seramai 23 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas empat rumah setinggan didiami mereka musnah dalam kebakaran di Tanjung Tokong di sini, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.14 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal tiba di lokasi tujuh minit kemudian.
“Sebaik tiba, bomba mendapati api sedang marak dan kebakaran melibatkan empat rumah berkeluasan antara 55 meter persegi hingga 75 meter persegi serta sebuah motosikal Honda Ex5 milik penghuni kediaman itu.
“Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 3.42 pagi dari terus merebak ke rumah lain yang berhampiran dan api dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 6 pagi sebelum kerja ‘overhaul’ dijalankan,” katanya.
Beliau berkata, empat rumah itu didiami 23 penghuni melibatkan 10 lelaki dewasa, enam perempuan dewasa dan tujuh kanak-kanak dari keluarga Melayu serta Rohingya, namun semua mereka dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan kerana berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari berlaku kebakaran. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L