Titah Tambahan: Adakah YDPA terikat kepada nasihat Lembaga Pengampunan, Peguam Negara atau mana-mana kuasa pemerintahan eksekutif?

Oleh NIK SAIFUL ADLI BURHAN

BERKAITAN Titah Tambahan (Addendum) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kita rujuk peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana berikut:-

Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut;

“Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam negerinya”.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Perkara 42 (4) (a) menyebut;

“Kuasa yang disebut dalam Perkara ini adalah, setakat yang kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, antara fungsi yang peruntukan berkenaan dengannya boleh dibuat oleh undang-undang persekutuan di bawah Fasal (3) Perkara 40”.

Perkara 42 (9) pula menyebut;

“Sebelum memberikan nasihatnya mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu”.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Jelas menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa pengampunan di bawah peruntukan ini. Kuasa ini diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, BUKAN kepada Lembaga Pengampunan. Lembaga hanya memberi garis panduan sahaja. KUASA MEMUTUSKAN ADA PADA YANG DIPERTUAN AGONG.

Lembaga Pengampunan boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan tiga perkara, pengampunan penuh, penundaan hukuman atau melegakan (mengurangkan hukuman).

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa penuh terhadap proses pengampunan. Proses ini bukanlah proses keadilan seperti di mahkamah, melibatkan perbincangan soal betul atau salah, tetapi proses memberikan keampunan, kemaafan dan lebih kepada ihsan Yang di-Pertuan Agong terhadap seseorang pesalah yang telah disabitkan kesalahan.

Maka, proses ini tidak terikat kepada mana-mana nasihat, perbincangan atau sokongan mana-mana pihak termasuk Lembaga Pengampunan, tetapi kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan kuasanya yang diberi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Isu ini pernah ditimbulkan sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan pengampunan penuh (full pardon) oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan dalam kes Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Khairul Azam, telah diputuskan bahawa ia adalah budi bicara Yang di-Pertuan Agong setelah mendengar nasihat pelbagai pihak, terutamanya Lembaga Pengampunan dan Peguam Negara.

Dalam Perlembagaan Persekutuan pula tiada had masa, tidak ada jumlah berapa kali Yang di-Pertuan Agong boleh membuat keputusan dan dalam bentuk bagaimana prosedur dijalankan.

Maka, tidak perlu pihak-pihak mengelak dari menjawab isu ini dan mempertikaikan Titah Tambahan (Addendum) Yang di-Pertuan Agong terhadap proses pengampunan Datuk Seri Najib.

Jika benar titah pelaksanaan hukuman di rumah itu wujud, maka sewajarnya titah baginda dihormati sebagai pengiktirafan kuasa-kuasa baginda di dalam perlembagaan.

Jangan pula persoalkan kenapa titah itu ditambah selepas selesai Lembaga Pengampunan bersidang. Persidangan atau Mesyuarat Lembaga tidak lebih sekadar menasihati, bukan mengambil alih kuasa pengampunan dan kuasa membuat keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong. – ND

Nik Saiful Adli Burhan

Penulis, Nik Saiful Adli Burhan adalah Peguambela & Peguamcara yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan.

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *