BERITA UTAMA

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri menyaksikan perlumpaan GT World Challenge Asia

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke perlumbaan kedua GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Baginda berdua menyaksikan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor beraksi bagi pasukan JMR Triple Eight.

Bersama rakan sepasukan Jordan Love, Tunku Abu Bakar berjaya merangkul tempat ketiga dalam kategori Pro-Am dan keempat dalam keseluruhan perlumbaan hari ini yang disertai 33 jentera pelbagai jenama.

Turut berangkat ke perlumbaan itu, Tunku Temenggong, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim; YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah; dan Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia, Tan Sri Mokhzani Mahathir; dan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang Petronas, Md. Azhan Shafriman Md. Hanif.

Pusingan GT World Challenge Asia seterusnya akan menyaksikan dua perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand pada 10 hingga 12 Mei ini. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *