Tentera gabungan pimpinan Arab Saudi jatuhkan peluru berpandu Houthi

RIYADH: Tentera gabungan pimpinan Arab Saudi mendakwa mereka menjatuhkan tiga peluru berpandu Houthi yang menuju ke Riyadh, awal pagi ini.

Wartawan AFP di ibu kota itu melaporkan terdengar beberapa letupan.

“Pertahanan udara menghalang dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh Houthi ke arah Riyadh,” kata gabungan itu di X.

Sebelum ini, seorang wartawan AFP terdengar dua letupan tidak lama selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran bandar itu dalam ancaman udara musuh.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pertahanan awam Arab Saudi kemudian menamatkan amaran itu dan mengisytiharkan bahaya sudah berlalu.

Puak Houthi dari Yaman berkata di X, mereka menyerang sasaran di seluruh Arab Saudi, termasuk di Riyadh.

Kejadian ini berlaku selepas gabungan pimpinan Arab Saudi yang menentang Houthi menyerang bandar pelabuhan Laut Merah, Hodeida, dan sasaran lain dalam operasi khas pada hari Jumaat.

Houthi pernah mengancam akan membalas.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Arab Saudi menghadapi peningkatan serangan sejak pertempuran kembali meletus dalam perang saudara Yaman dengan Riyadh menyokong kerajaan yang diiktiraf antarabangsa menentang kumpulan Houthi. – AFP

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *