24 ADUN BN, PN Negeri Sembilan capai kata sepakat, patuh arahan, ketetapan parti

SEREMBAN: Seramai 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) malam ini mencapai kata sepakat untuk akur dan patuh atas apa jua arahan pucuk pimpinan dan ketetapan parti dan pucuk pimpinan

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kata sepakat itu dicapai hasil perjumpaan khas yang diadakan di Wisma UMNO Negeri Sembilan, di sini, malam ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik apa ketetapan yang akan dibuat parti.

Katanya, mesyuarat hari ini dihadiri 22 ADUN BN dan PN, dengan semuanya sepakat dengan keputusan perjumpaan itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim yang juga ADUN Juasseh tidak hadir.

“Dua lagi ADUN iaitu Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting) dan Datuk Razali Abu Samah (Sikamat) kini berada di luar negara, namun masing-masing menyatakan sokongan terhadap keputusan dibuat malam ini.

“Ini bagi memastikan segala kemelut politik sedang melanda dapat diselesaikan segera demi kestabilan dan kemakmuran rakyat Negeri Sembilan,” katanya melalui kenyataan selepas perjumpaan khas itu.

Mesyuarat berlangsung dua jam setengah selepas bermula 9 malam tadi.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Perjumpaan dipercayai mempunyai kaitan dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang mengekalkan Ismail sebagai Menteri Besar. – Berita Harian

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *