Konsert Antarabanga Beri Limpahan Ekonomi Kepada Pelbagai Sektor – Fahmi

KUALA LUMPUR – Penganjuran konsert antarabangsa seperti persembahan kumpulan rock Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR) di Malaysia, bukan sahaja merancakkan industri hiburan malah turut memberi limpahan ekonomi kepada sektor perhotelan, pengangkutan, makanan dan pelancongan, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata inisiatif Concerts and Events in Malaysia Incentive (CEMI), membantu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi penganjuran konsert dan acara berskala besar bertaraf antarabangsa.

“Konsert MCR di TM Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, merupakan antara acara muzik antarabangsa yang menerima sokongan menerusi inisiatif berkenaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fahmi berkata penganjuran acara sedemikian, turut membuka peluang kepada penggiat seni tempatan untuk terlibat, sekali gus memberi ruang kepada mereka memperluas pengalaman dan menonjolkan bakat di pentas lebih besar.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Yang penting, bakat tempatan juga diberi peluang. Kehadiran Pop Shuvit sebagai artis pembuka tirai memberi ruang untuk mereka beraksi di pentas yang lebih besar.

“Konsert seperti ini bukan sahaja menghiburkan peminat, tetapi turut memberi manfaat kepada ekonomi, daripada pemain industri kreatif hinggalah sektor perhotelan, pengangkutan, makanan dan pelancongan,” katanya.

Fahmi berkata penganjuran acara berskala besar seperti itu mencerminkan potensi industri kreatif dan ekonomi jingga untuk terus berkembang, selain membuka lebih banyak peluang kepada pemain tempatan. – BERNAMA

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *