Ronaldo hampiri rekod 1,000 gol

JEDDAH: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod 1,000 gol sepanjang kariernya, namun gagal menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa pertama ketika Al-Nassr tewas 3-1 kepada seteru Liga Pro Saudi, Al-Ahli, awal pagi tadi.

Ronaldo meletakkan Al-Nassr di hadapan pada minit ke-15 menerusi rembatan voli hasil umpanan Joao Felix untuk mencatat gol ke-986 sepanjang kariernya dan gol ke-10 musim ini dalam semua kejohanan bersama kelab berkenaan.

Bagaimanapun, pemain berusia 41 tahun itu terlepas peluang menambah jaringan empat minit kemudian apabila sepakan penaltinya terkena tiang selepas Nawaf Al-Boushail dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Ronaldo kini gagal menyempurnakan kedua-dua percubaan penalti bersama Al-Nassr musim ini, sekali gus kali pertama beliau gagal menjaringkan gol menerusi dua sepakan penalti berturut-turut dalam pertandingan berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pemain tengah Brazil, Galeno menyamakan kedudukan buat Al-Ahli pada penghujung separuh masa pertama menerusi rembatan menarik dari luar kawasan penalti.

Al-Ahli kemudian mendahului pada separuh masa kedua menerusi sepakan penalti Ivan Toney, yang juga gol ke-14 penyerang England itu musim ini.

Pertahanan Brazil, Roger Ibanez kemudian melebarkan kelebihan pasukan tuan rumah empat minit selepas jaringan Toney.

Kekalahan kedua dalam saingan liga musim ini menyaksikan Al-Nassr kekal di tangga ketiga carta, manakala kemenangan itu melonjakkan Al-Ahli ke kedudukan keempat, empat mata di belakang pasukan diterajui Ronaldo.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Jumlah 986 gol Ronaldo itu termasuk satu jaringan yang dipertikaikan ketika menentang Al-Faisaly pada 23 Oktober lalu.

Jaringan berkenaan dikreditkan kepada penyerang Portugal itu oleh Liga Pro Saudi, namun penyedia statistik Opta menganggapnya sebagai gol sendiri.

Ronaldo yang memegang rekod penampilan dan jaringan terbanyak di peringkat antarabangsa bagi pemain lelaki, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa bersama Portugal awal bulan ini. – Agensi

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *