F1 sedia kembali ke enjin V8 mulai tahun 2030

LAS VEGAS: Formula Satu (F1) mencapai persetujuan untuk kembali menggunakan enjin V8 mulai tahun 2030 selepas semua pihak berkepentingan memberi lampu hijau, menurut Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), semalam.

FIA, Pengurusan Formula 1, kesemua 11 pasukan serta pengeluar unit kuasa sebulat suara bersetuju dengan rangka kerja teknikal bagi peralihan kepada enjin yang lebih ringkas dan menggunakan bahan api mampan termaju.

“FIA membentangkan peraturan unit kuasa F1 yang akan diperkenalkan mulai tahun 2030, dengan enjin V8 turbo 2.1 liter sebagai pilihan utama, selain mengekalkan beberapa spesifikasi geometri sedia ada.

“Matlamat utama adalah menghasilkan unit kuasa yang jauh lebih ringkas, ringan dan murah berbanding unit kuasa semasa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Ia akan menampilkan penggunaan teknologi hibrid yang terhad, teknologi relevan dan mampan dengan matlamat meningkatkan perlumbaan yang lebih berorientasikan serangan serta menghasilkan bunyi yang dekat di hati peminat,” menurut kenyataan badan induk itu menjelang Grand Prix Las Vegas.

FIA berkata, perancangan itu turut membabitkan penggunaan enjin V8 bersama casis lebih ringan dan tangkas, sekali gus memberi penekanan lebih besar kepada kemahiran pemandu serta persaingan sengit di litar.

Rangka kerja peraturan muktamad bagi tahun 2030 dijangka dibentangkan pada mesyuarat Majlis Sukan Permotoran Dunia FIA di Shanghai bulan depan.

F1 kali terakhir menggunakan enjin V8 aspirasi semula jadi dari tahun 2006 hingga 2013, sebelum jentera ketika ini beralih kepada enjin V6 turbo hibrid yang jauh lebih senyap dan kompleks, dengan komponen elektrik yang ketara.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Persetujuan ini menandakan pencapaian penting dalam membentuk masa depan Formula 1.

“Kembalinya enjin V8 memberi peluang untuk mengembalikan DNA kejuaraan ini, termasuk bunyi, emosi dan perlumbaan tulen yang diminati di seluruh dunia,” kata Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem.

Ramai peminat dan pemandu mahu enjin yang membolehkan mereka berlumba pada kelajuan maksimum tanpa perlu memperlahankan jentera akibat pengurusan tenaga.

Enjin V8 sebelum ini terkenal dengan bunyinya yang kuat dan menggegarkan, menghasilkan deruman mengasyikkan yang bergema di sekitar litar.

Ketua pasukan sebelum ini berkata, persetujuan itu hanya memerlukan beberapa perkara kecil dimuktamadkan.

“Kami pada asasnya sudah mencapai persetujuan. Ia belum ditandatangani, tetapi nampaknya semua pihak bersetuju dengan penggunaan enjin V8 mulai 2030.

“Saya fikir ini hala tuju yang tepat. Kita memerlukan enjin yang menghasilkan bunyi kuat dan ringkas. Kita perlu berlumba menggunakan enjin seperti itu kerana pada akhirnya, saya percaya pilihan terbaik untuk penonton dan semua pihak ialah enjin yang sangat ringkas, bunyi yang kuat dan itu sahaja,” kata ketua tidak rasmi Alpine, Flavio Briatore.

Pengeluar enjin ketika ini ialah Mercedes, Ferrari, Honda, Audi dan Red Bull Ford, manakala General Motors dijadual menghasilkan enjin sendiri untuk pasukan Cadillac mulai tahun 2030.

Dan Towriss dari Cadillac berkata, beliau turut berpuas hati dengan perkembangan itu, dengan pasukannya dijadual terus menggunakan enjin Ferrari sehingga penghujung tahun 2029.

“Kemudahan unit kuasa baharu kami akan dibuka pada 18 Disember. Jadi, sebagai pengeluar baharu yang menyertai sukan ini, hala tuju berkenaan sememangnya sangat membantu,” kata Towriss. – Reuters

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *