Warga emas hilang kereta jatuh sungai – Polis

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Lubuk Segintah-Lubuk Kawah, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa Mat Yusof Hashim, 77, dipercayai memandu kereta Proton Wira dari arah Jalan Kuala Ketil ke Felda Teloi Timur.

“Pada awalnya, pemandu dipercayai tenggelam bersama-sama kenderaan, namun setelah kereta dinaikkan ke darat menggunakan kren, mangsa didapati tiada di dalamnya.

“Pihak bomba masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa di kawasan sekitar sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, kereta itu rosak teruk terutama pada bahagian hadapan dan pintu di kedua-dua sisi sebelum dibawa ke Balai Trafik Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

“Kes masih dalam siasatan dan klasifikasi kes belum ditetapkan setakat ini,” katanya. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *