Sesi persekolahan 2027 bermula 4 Januari

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan Kalendar Akademik Tahun 2027 akan bermula 4 Januari depan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

Bagi sekolah di negeri Kumpulan A, sesi persekolahan sehingga 2 Disember 2027, manakala sekolah di negeri Kumpulan B pula sehingga 3 Disember 2027.

Kumpulan A membabitkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B merangkumi sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

KPM juga turut menyelaras tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan 2027, yang membabitkan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Aidiladha, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Wesak dan Krismas.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Aidiladha, Hari Wesak dan Deepavali. Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti.

“Kementerian juga menetapkan tarikh pembukaan sesi persekolahan tahun 2028 akan bermula pada 3 Januari 2028 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B,” kata KPM menerusi kenyataan, semalam.

Langkah penyeragaman ini bertujuan memastikan keselarasan pembukaan sesi persekolahan 2028 di seluruh negara.

“Selain itu, ia memudahkan perancangan pentadbiran sekolah serta pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur dan efektif,” tambah kenyataan sama.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *