SEPANG – Rapid KL menambah baik penyelarasan lokasi mengambil dan menurunkan penumpang bagi perkhidmatan bas perantara ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC), susulan maklum balas orang ramai berhubung perjalanan ke lokasi itu semalam.
Dalam kenyataan hari ini, Rapid KL memaklumkan penambahbaikan berkenaan dilaksanakan mulai Sabtu bagi memastikan pergerakan penumpang lebih lancar dan teratur sepanjang penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Gulf Air Bahrain.
Menurutnya, perkhidmatan bas perantara semalam dilaksanakan mengikut perancangan dan aturan operasi yang dipersetujui bersama pihak penganjur.
Bagaimanapun, maklum balas penumpang mendorong Rapid KL bersama pihak SIC dan agensi berkaitan menyemak serta menambah baik penyelarasan di lokasi pengambilan dan penurunan penumpang.
“Setakat jam 11 pagi hari ini, aliran trafik dan pergerakan penumpang berada dalam keadaan lancar dan terkawal,” menurut kenyataan itu.
Rapid KL berkata pemantauan akan diteruskan bersama pihak SIC dan agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang serta meningkatkan pengalaman pengunjung sepanjang acara berlangsung.
Dalam pada itu, Rapid KL menjelaskan tanggungjawab operasinya meliputi pengendalian dan pergerakan bas serta penumpang berdasarkan aturan yang ditetapkan.
Sementara itu, penyelarasan trafik keseluruhan ke dan dari SIC, termasuk pengurusan aliran kenderaan di kawasan pengambilan dan penurunan penumpang, dilaksanakan secara bersama dengan pihak penganjur serta agensi berkaitan.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Rapid KL menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelarasan operasi pengangkutan awam berjalan lancar sepanjang penganjuran acara berkenaan.
Pihaknya turut menghargai kesabaran dan kerjasama penumpang serta maklum balas yang diberikan bagi membantu meningkatkan mutu perkhidmatan sepanjang acara itu berlangsung.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
