Serangan harimau: Perhilitan pasang perangkap di Pos Perwor

IPOH – Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memasang perangkap harimau di Kampung Takung, Pos Perwor, susulan insiden serangan harimau yang mengorbankan seorang penduduk Orang Asli, Isnin lepas.

Menerusi hantaran di Facebook RELA Daerah Sungai Siput (U) bantuan berkenaan dilaksanakan oleh beberapa anggotanya di kawasan itu sebagai usaha membantu memastikan keselamatan penduduk setempat serta menangani ancaman haiwan tersebut.

“Penduduk dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghampiri atau memasuki kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi kehadiran harimau, tidak melakukan sebarang tindakan sendiri dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan kehadiran harimau, orang ramai hendaklah segera memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” menurut hantaran itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Semalam, media melaporkan seorang lelaki Orang Asli Zamberi Angah, 42, maut dipercayai diserang harimau ketika mencari rotan di kawasan Hutan Simpan Korbu berhampiran Kampung Takung, Pos Perwor, Sungai Siput.

Mangsa ditemukan di kawasan rumpun buluh berhampiran jalan balak, kira-kira 200 meter dari lokasi dipercayai diserang, dengan kesan tapak kaki harimau serta beberapa petunjuk lain. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *