Citrawarna Speed Festival 2026 mampu rancakkan empat rantaian ekonomi serentak

KUALA LUMPUR – Citrawarna Speed Festival 2026 disasarkan bukan sekadar menjadi acara kebudayaan dan permotoran, malah berupaya merancakkan empat rantaian ekonomi secara serentak merangkumi pelancongan, peruncitan, perhotelan dan industri kreatif.

Tourism Malaysia dalam kenyataan medianya berkata, festival selama 12 hari bermula 23 September hingga 4 Oktober ini berlangsung di tiga lokasi utama iaitu IOI City Mall Putrajaya, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Hotel Sama-Sama KLIA.

“Menerusi penganjuran acara berskala mega di pusat beli-belah, pintu masuk antarabangsa negara dan hotel, Citrawarna Speed Festival 2026 membuka dimensi baharu dalam usaha mempromosikan Malaysia bersempena Kempen Melawat Malaysia 2026-2027,” menurut Tourism Malaysia.

Agensi itu berkata, pendekatan berkenaan bukan sahaja menawarkan pengalaman kebudayaan lebih segar kepada pelawat, malah “berupaya memacu pertumbuhan rantaian ekonomi tempatan”, khususnya menerusi aktiviti pelancongan, peruncitan, perhotelan dan industri kreatif.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Di IOI City Mall Putrajaya, festival dibahagikan kepada empat zon merangkumi pengalaman simulator sukan permotoran, pusat maklumat pelancongan, 14 stesen interaktif seni dan kraf tradisional serta persembahan kebudayaan yang digabungkan dengan elemen realiti maya.

Pengalaman festival turut dibawa terus ke Terminal 1 KLIA dan Hotel Sama-Sama KLIA, dengan pengunjung disajikan persembahan tarian kebudayaan, pameran automotif, permainan tradisional seperti gasing dan congkak serta simulator perlumbaan. Tetamu hotel turut menerima kad kunci bilik edisi khas Citrawarna Speed Festival.

Tarikan kemuncak, Colours of Parade, dijadual berlangsung di IOI City Mall Putrajaya pada 3 Oktober, jam 8.30 malam, menghimpunkan 1,500 penari dan penghibur kebudayaan menerusi persembahan muzik tradisional, tarian, kostum serta warisan pelbagai komuniti Malaysia.

Kemeriahan diteruskan pada 4 Oktober menerusi Aktivasi Lamborghini yang dijangka menghimpunkan kira-kira 100 kereta berkuasa tinggi sebagai acara penutup festival.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Penganjuran berkenaan turut disokong pelbagai rakan strategik daripada sektor teknologi, hartanah, hospitaliti, kebudayaan dan pelancongan, antaranya AMD, ASUS, HP, Intel, IOI City Mall, IOI Properties, Istana Budaya, JKKN, Kraftangan Malaysia, Malaysia Airports Holdings Bhd, MSI dan Yes Travel & Holidays Sdn Bhd.

Tourism Malaysia berkata gabungan lokasi komersial, hotel dan pintu masuk antarabangsa membolehkan pengalaman kebudayaan Malaysia dibawa lebih dekat kepada pelawat, berbanding hanya tertumpu kepada satu tapak acara tradisional. Pendekatan itu turut menyokong usaha menjadikan tawaran pelancongan negara lebih dinamik dan interaktif.

Kempen Melawat Malaysia 2026-2027 pula menekankan pembangunan pelancongan mampan, kekayaan warisan budaya dan kepelbagaian tarikan negara, sambil menyasarkan pertumbuhan inklusif serta penciptaan nilai jangka panjang kepada komuniti setempat dan pemain industri.

“Kempen ini bertujuan mengetengahkan kepelbagaian tarikan semula jadi, kekayaan warisan budaya serta tawaran pelancongan negara yang dinamik, di samping memacu pertumbuhan inklusif dan nilai jangka panjang buat komuniti setempat serta pemain industri,” menurut Tourism Malaysia.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *