Tiga pelakon ditahan, polis buru individu tular video Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga daripada lima pelakon yang dikenal pasti terlibat dalam sebuah pementasan teater yang videonya tular di media sosial selepas didakwa mempersendakan prinsip Rukun Negara dan menyentuh sensitiviti kaum.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, ketiga-tiga individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurutnya, pementasan berkenaan sebenarnya berlangsung pada 2018 di Penang Performing Arts Centre (PenangPAC), Pulau Pinang, namun rakamannya kembali tersebar di media sosial baru-baru ini.

“Daripada lima pelakon yang dikenal pasti, tiga telah ditahan bagi membantu siasatan. Seorang telah meninggal dunia, manakala seorang lagi dipercayai berada di United Kingdom berdasarkan rekod imigresen,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

M Kumar berkata, pementasan berdurasi kira-kira 10 minit itu dipercayai berlangsung secara tertutup dan tiada laporan polis dibuat ketika persembahan tersebut dipentaskan pada 2018.

Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam masa sama, polis sedang menumpukan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik serta menularkan semula rakaman berkenaan di media sosial.

M Kumar berkata, pemeriksaan terhadap telefon bimbit dan peranti milik tiga individu yang ditahan tidak menemukan rakaman atau kandungan pementasan berkenaan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Jadi, kita sedang mengesan individu yang memuat naik dan menularkan video berkenaan kerana rakaman itu tidak ditemukan dalam simpanan mereka,” katanya.

Ketiga-tiga individu yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita, dengan tangkapan dibuat di beberapa lokasi di Selangor dan Johor.

Menurut M Kumar, siasatan tidak terhad kepada pelakon yang terlibat, sebaliknya turut merangkumi latar belakang penganjuran pementasan berkenaan, termasuk bagaimana rakaman lama itu kembali tersebar di media sosial.

Selepas siasatan lengkap, kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan arahan serta keputusan lanjut.

Sebelum ini, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman mengambil alih siasatan selepas satu laporan polis dibuat susulan penularan rakaman berkenaan.

Video berdurasi kira-kira 10 minit itu memaparkan lima pelakon membaca lima prinsip Rukun Negara yang diselang-seli dengan sindiran serta kenyataan yang didakwa boleh menyentuh sensitiviti perkauman dan menjejaskan keharmonian masyarakat.

Semakan awal polis mendapati rakaman itu dipercayai daripada pementasan teater yang dipersembahkan pada 2018 sebelum dimuat naik semula sempena sambutan Hari Malaysia baru-baru ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut memaklumkan pihaknya mengenal pasti beberapa akaun media sosial dan individu yang mempunyai kaitan dengan penyebaran video tersebut serta bekerjasama dengan JSJ Bukit Aman dalam siasatan, termasuk berkaitan bukti digital.

Orang ramai sebelum ini turut dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung individu yang dikaitkan dengan video berkenaan bagi mengelakkan siasatan terganggu.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *