Kenyataan Guan Eng tak praktikal, Bumiputera wajib terus dibantu

Fadhli persoal mengapa hanya Loke letak jawatan, yang lain kenapa diam

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan keputusan DAP yang hanya menyaksikan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan berkaitan tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, jika keputusan Lembaga Pengampunan berhubung tahanan rumah bekas Perdana Menteri itu benar-benar bertentangan dengan pendirian DAP sehingga memerlukan tindakan peletakan jawatan, persoalannya mengapa hanya seorang sahaja mengambil langkah itu.

Beliau berkata, menteri dan timbalan menteri DAP yang lain masih kekal dalam Kerajaan Perpaduan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana tindakan Loke itu menggambarkan pendirian keseluruhan parti.

“Kalau benar DAP tidak bersetuju sehingga perlu meletakkan jawatan, kenapa seorang sahaja?

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kalau seluruh DAP masih kekal dalam kerajaan, apa signifikannya selain satu lakonan politik untuk menunjukkan kononnya mereka membantah?” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Fadhli turut mempersoalkan status tindakan Loke yang setakat ini berupa tawaran untuk meletakkan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, masih terdapat kemungkinan Perdana Menteri tidak menerima peletakan jawatan itu atau meminta Loke menarik balik keputusan berkenaan.

“Ini pun hanya sekadar ‘menawarkan letak jawatan’. Entah-entah PMX esok atau lusa menolak peletakan jawatan tersebut dan meminta Loke menarik balik, apa pula respons tuan badan?” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kenyataan itu mencerminkan persoalan politik yang lebih besar mengenai kedudukan DAP dalam Kerajaan Perpaduan, sama ada parti berkenaan benar-benar mahu mengambil pendirian tegas terhadap keputusan berkaitan Najib atau sekadar menghantar isyarat politik kepada penyokongnya.

Fadhli pada masa sama membangkitkan isu tuntutan daripada Wanita DAP supaya minit mesyuarat Lembaga Pengampunan didedahkan kepada umum.

Beliau mempersoalkan tuntutan itu kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yang juga pemimpin DAP adalah anggota Lembaga Pengampunan berkenaan.

“Wanita DAP pula mendesak minit mesyuarat Lembaga Pengampunan didedahkan, sedangkan Hannah Yeoh daripada DAP sendiri merupakan anggota Lembaga tersebut sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan.

“Kalau mahu telus, kenapa tidak pernah pula mendesak minit mesyuarat ketika Anwar Ibrahim diberikan pengampunan penuh pada 2018 didedahkan?” katanya.

Fadhli turut merujuk kepada keputusan pengampunan terhadap Anwar pada 2018 dan mempersoalkan mengapa isu pendedahan minit mesyuarat tidak dibangkitkan ketika itu.

Beliau berkata, ketika pengampunan terhadap Anwar diberikan, Menteri Wilayah Persekutuan belum dilantik dan keadaan itu menurutnya perlu diambil kira dalam membandingkan kedua-dua situasi.

Bagaimanapun, persoalan mengenai minit mesyuarat Lembaga Pengampunan perlu dilihat dalam konteks peruntukan Perlembagaan dan batas kerahsiaan dokumen serta prosiding berkaitan, bukannya semata-mata berdasarkan perbandingan politik antara kes Anwar dan Najib.

Fadhli kemudian menggesa semua pihak menghormati kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan secara konsisten.

“Janganlah banyak sangat berlakon, nanti salah baca skrip. Skrip tulis ABCDEFGHI nanti dibaca ABCDEFGLC,” katanya.

Beliau turut mendakwa rakyat mampu memahami apa yang disifatkannya sebagai helah politik di sebalik perkembangan berkenaan.

“Rakyat bukan susah sangat nak faham helah politik begini,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *