Banjir kilat: Beberapa laluan ELITE dan NKVE ditutup, trafik dilencongkan

SHAH ALAM – Banjir kilat yang melanda beberapa lokasi di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) awal pagi ini menyebabkan beberapa laluan utama ditutup kepada semua kenderaan.

Kejadian itu turut mengakibatkan gangguan trafik di sekitar Shah Alam, Subang dan Setia Alam apabila beberapa laluan terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan kerja pemantauan dan pengurusan trafik dilaksanakan.

Menurut makluman PLUS Malaysia Berhad menerusi akaun X @plustrafik, antara lokasi terjejas ialah Kilometer (KM) 9.1 NKVE di kedua-dua arah, laluan masuk dan keluar Plaza Tol Shah Alam serta Persimpangan Shah Alam.

Dalam perkembangan terkini pada jam 7.25 pagi, semua lorong di KM 9.1 masih ditutup akibat banjir kilat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Trafik arah utara dari Bukit Raja dilencongkan ke Plaza Tol Setia Alam, manakala kenderaan dari arah Subang ke selatan dilencongkan ke Lebuhraya ELITE.

Bagaimanapun, semua lorong di Persimpangan Shah Alam dari arah Seafield ke Setia Alam telah dibuka semula pada jam 6.43 pagi.

Sementara itu, laluan dari Lebuhraya Guthrie (GCE) ke Plaza Tol Shah Alam masih ditutup akibat banjir kilat.

Terdahulu, keadaan mula dilaporkan terjejas seawal jam 2.03 pagi apabila banjir kilat dikesan di laluan ELITE sebelum dan selepas Plaza Tol Shah Alam, namun ketika itu trafik masih boleh bergerak dengan keadaan terkawal.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pada jam 2.39 pagi, banjir turut dilaporkan di KM 9.1 NKVE arah selatan dari Subang ke Shah Alam, diikuti arah utara dari Shah Alam ke Subang pada jam 2.40 pagi.

Keadaan bertambah buruk apabila beberapa lorong terhalang sebelum semua lorong di lokasi berkenaan ditutup sepenuhnya sekitar jam 3 pagi.

Penutupan itu menyebabkan trafik dari Setia Alam dilencongkan sementara ke Plaza Tol Shah Alam, manakala pengguna dari arah lain turut diarahkan menggunakan laluan alternatif.

PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan, mematuhi arahan petugas trafik dan memandu dengan berhati-hati ketika melalui kawasan terjejas.

Maklumat terkini mengenai keadaan trafik boleh diperoleh menerusi akaun X @plustrafik dan aplikasi PLUS.

Pengguna juga disaran menyemak aplikasi navigasi seperti Google Maps sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kesesakan dan kawasan yang masih terjejas akibat banjir kilat.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *