Dua pengayuh basikal maut dirempuh kenderaan – Polis

PUTRAJAYA – Dua pengayuh basikal warga tempatan maut selepas dirempuh sebuah kenderaan di kilometer 9.0 Jalan Persiaran Selatan, Putrajaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed berkata, kemalangan berlaku pada jam 10.15 malam, melibatkan sebuah kenderaan yang dipandu lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an serta dua pengayuh basikal lelaki masing-masing berusia lingkungan 40-an dan 30-an.

“Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu telah mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kiri sebelum melanggar kedua-dua pengayuh basikal berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua pengayuh basikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dan kepala,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Justeru, beliau meminta orang ramai atau saksi kejadian membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-88862138 atau mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *