Sekolah Undang-Undang Sunway, perkasa Pendidikan perundangan

KUALA LUMPUR – Sunway University merasmikan penubuhan Sekolah Undang-Undang Sunway, sekali gus menandakan pencapaian penting institusi pendidikan itu dalam memperkasakan pendidikan perundangan dan keilmuan serta memartabatkan kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, Sunway University memaklumkan penubuhan itu merupakan langkah penting dalam usaha berterusan bagi melahirkan siswazah yang mampu memberi sumbangan bermakna kepada masyarakat.

Menurut kenyataan itu, Sekolah Undang-Undang berkenaan mencerminkan aspirasi universiti itu untuk melahirkan bukan sahaja profesional undang-undang yang berkebolehan, tetapi juga pemimpin berwibawa yang menjunjung keadilan, integriti serta kedaulatan undang-undang.

“Melalui penekanan terhadap kecemerlangan akademik, pendekatan merentas disiplin serta penglibatan bersama komuniti perundangan, Sekolah Undang-Undang ini berhasrat menyediakan asas pendidikan yang kukuh kepada bakal profesional undang-undang untuk mendepani landskap perundangan dan masyarakat yang semakin kompleks.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sebagai institusi generasi kelima yang berteraskan misi, Sunway University terus memperkukuh peranannya dalam memajukan pendidikan tinggi,” menurut kenyataan itu.

Majlis perasmian itu dihadiri Ketua Hakim Negara Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang menyampaikan syarahan perdana profesor bertajuk “Public Trust: The Judiciary’s Most Precious Constitutional Asset”, disusuli forum dikendalikan Profesor Adjung Amalan Sekolah Undang-Undang Sunway, Mary-Ann Ooi Suan Kim, sebagai sebahagian daripada Siri Syarahan Terbilang Jeffrey Cheah.

Pada majlis itu, universiti berkenaan turut menganugerahkan gelaran Profesor Amalan Kehakiman Terbilang Pengasas Sekolah Undang-Undang Sunway kepada Wan Ahmad Farid, menjadikan beliau individu pertama menerima pelantikan itu sebagai menghargai sumbangan dalam badan kehakiman dan sistem perundangan negara.

Dalam syarahannya, Wan Ahmad Farid menekankan kepentingan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman, selain menegaskan kepercayaan masyarakat merupakan asas kepada legitimasi dan keberkesanan institusi kehakiman.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Kecemerlangan dalam bidang perundangan, tanpa mengira bahasa yang digunakan, tidak membawa erti sekiranya tidak dapat difahami. Sesuatu penghakiman yang berlandaskan pertimbangan sewajarnya mestilah jelas dan mudah difahami oleh masyarakat awam kerana keadilan adalah hak rakyat, bukan hanya untuk peguam, hakim dan golongan akademik.

“Apabila masyarakat umum dapat mendengar sesuatu keputusan mahkamah dan memahami rasionalnya dengan jelas, perkara yang sebelum ini dianggap rumit akan menjadi jelas. Kejelasan inilah yang menjadi asas kepada pembinaan kepercayaan awam yang berkekalan,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Naib Censelor Sunway University Prof Sibrandes Poppema berkata penubuhan Sekolah Undang-Undang itu mencerminkan hasrat universiti itu untuk menyumbang secara signifikan kepada kemajuan bidang perundangan di Malaysia.

“Universiti yang ingin mencorakkan masa depan bukan sahaja perlu membangunkan teknologi, perniagaan dan inovasi yang membawa perubahan kepada masyarakat, tetapi juga berperanan membantu membentuk undang-undang, institusi serta kerangka etika bagi memastikan setiap perubahan memanfaatkan masyarakat dan diyakini mereka,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway merangkap Canselor Sunway University Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, barisan kepimpinan universiti serta tetamu kehormat daripada komuniti perundangan. – BERNAMA

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *