Empat lelaki didakwa bunuh usahawan

BATU PAHAT – Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang usahawan pada awal bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada S. Yogesvaran, 40; Lin Yong Ming, 26; N. Achutan, 32; dan How Han Wei, 33, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno, memandangkan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan tidak boleh dijamin.

Mereka didakwa membunuh Low Kai Xian, 39, antara 29 Julai pada jam 2.35 petang di Jalan Emas Putih 2, Taman Sri Skudai, Johor Bahru hingga 3 Ogos kira-kira jam 12.30 tengah hari di Sungai Tanjung Sembrong, Batu Pahat.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun, serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika hukuman mati tidak dijatuhkan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shahzleen Ibrahim. Achutan diwakili peguam S. Sean Dodley, manakala tiga yang lain diwakili peguam Datin Freda Sabapathi.

Mustaqim kemudian menetapkan 14 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat, asid deoksiribonukleik (DNA), forensik kamera litar tertutup (CCTV) dan telefon.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan lima suspek susulan penemuan mayat lelaki berusia 39 tahun yang ditemukan terapung dan dililit jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja, dekat sini, awal bulan ini.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan jerutan di leher menggunakan tali sebelum dibawa menaiki kenderaan, diikat kedua-dua tangannya menggunakan pita pelekat dan jasadnya dibalut dengan jaring.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Lima ketul batu turut ditemukan pada mayat yang dipercayai digunakan untuk menenggelamkan mangsa.

Mangsa dilaporkan hilang oleh isterinya sejak 29 Julai, manakala keluarganya hanya menemukan kenderaan mangsa di Johor Bahru. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *