JKDM Perak Rampas Minuman Keras, Bir Tidak Berkastam Bernilai Lebih RM300,000

TELUK INTAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak merampas minuman keras dan bir pelbagai jenama disyaki tidak berkastam bernilai RM313,298.80 di dua buah premis berasingan di Banting, Selangor serta Simpang, Taiping, masing-masing pada 17 dan 20 Julai lepas.

Pengarah JKDM Perak Mohd Nadzri Ariffin berkata bagi kes di Banting, minuman keras pelbagai jenama yang dirampas dianggarkan bernilai RM221,463.12, manakala jumlah duti dan cukai terlibat sebanyak RM48,277.92.

“Serbuan pada 8.45 pagi di premis berkenaan itu menemukan minuman keras pelbagai jenama tidak berkastam, termasuk berlabel ‘Malaysia Duty Not Paid’ (MDNP) yang hanya dibenarkan dijual di kawasan bebas cukai serta minuman keras menggunakan setem cukai disyaki palsu.

“Kesemua minuman keras berkenaan telah disita, manakala seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun turut ditahan dalam operasi tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Pejabat JKDM Teluk Intan di sini hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mohd Nadzri berkata bagi kes kedua di Taiping, pihaknya telah merampas bir pelbagai jenama disyaki tidak berkastam dengan nilai keseluruhan berjumlah RM43,557.76 termasuk duti dan cukai.

Mohd Nadzri berkata bir berkenaan dianggarkan bernilai RM17,131.38 manakala jumlah duti dan cukai sebanyak RM26,426.38.

“Serbuan dilakukan kira-kira 3 petang oleh penguat kuasa sama dan pemeriksaan menemukan sejumlah bir pelbagai jenama disyaki tidak berkastam.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bir import berkenaan tidak dilekatkan dengan setem cukai kastam yang sah seperti dikehendaki di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurut Mohd Nadzri, pihaknya juga sedang mengesan pemilik premis kediaman berkenaan bagi membantu siasatan berkaitan kes tersebut.

Selain itu, beliau berkata kedua-dua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“JKDM menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan atau sebarang aktiviti penyeludupan supaya menghubungi Talian Bebas Tol JKDM 1-800-88-8855 atau mengemukakan aduan di semua JKDM terdekat,” katanya. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *