PH sambut baik keterbukaan BN runding agihan kerusi PRN Melaka โ€“ Fahmi

KUALA LUMPUR โ€“ Pakatan Harapan (PH) menyambut baik keterbukaan Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan rundingan berhubung pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, keterbukaan itu wajar dilihat sebagai ruang untuk kedua-dua gabungan meneliti pendekatan terbaik demi memastikan kestabilan politik di Melaka terus terpelihara.

Menurutnya, perkembangan itu turut mempunyai kepentingan terhadap kestabilan politik di peringkat Persekutuan.

โ€œPengerusi Keadilan Melaka, Adam Adli juga memaklumkan beliau sudah berhubung secara langsung dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof mengenai perkara berkaitan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

๐Ÿ“ž Heda: +6014-808 8897 | ๐Ÿ’ฌ Iqi: +6010-924 2335

โ€œSaya melihat keterbukaan ini sebagai peluang yang baik untuk kita teliti kerana kita tahu di Melaka, BN mempunyai 21 kerusi, manakala PH mempunyai lima kerusi. Jadi, perkara ini adalah sesuatu yang realistik untuk dibincangkan,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong-royong Mega Perangi Aedes di kawasan Lembah Pantai, di sini hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beberapa perkara berkaitan pengagihan kerusi DUN Melaka boleh dibincangkan dan diuruskan menerusi saluran di peringkat negeri serta Persekutuan.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan itu masih membuka ruang untuk rundingan berhubung pengagihan, termasuk kemungkinan pertukaran kerusi bagi menghadapi PRN Melaka.

๐Ÿ“ž +6019-936 9846 (Sharifah) | ๐Ÿ’ฌ WhatsApp Tempahan
๐Ÿ“ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Bagaimanapun, beliau menegaskan rundingan berkenaan perlu dilakukan secara jujur dan ikhlas, selain tidak menjejaskan jumlah kerusi yang dimiliki setiap parti.

Ahmad Zahid turut menegaskan, prinsip asas dalam rundingan adalah kerusi yang telah dimenangi mana-mana parti perlu dihormati dan tidak diserahkan begitu sahaja kepada rakan politik.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *