Peluang BN Raih Kemenangan Besar di Johor Semakin Cerah, kata Ong Kian Ming

Oleh Siti Khadijah Mnaudin

PETALING JAYA – Bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming berpandangan peluang Barisan Nasional (BN) untuk mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin meningkat, malah berpotensi memenangi sehingga 53 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Menurut bekas pengarah strategi pilihan raya DAP itu, Pakatan Harapan (PH) dijangka hanya mampu memenangi tiga kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) berisiko gagal memenangi sebarang kerusi. Unjuran tersebut dibuat berdasarkan corak sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ong berkata, sokongan pengundi Cina dan India kepada PH dijangka tidak lagi setinggi ketika PRU15, sekali gus menjejaskan peluang gabungan itu dalam PRN Johor. Selain itu, beliau berpendapat PH masih belum menampilkan naratif kempen yang jelas selain mengkritik Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau turut menyifatkan kelewatan PH melancarkan manifesto dan kegagalan menamakan calon Menteri Besar sebagai antara faktor yang melemahkan momentum kempen gabungan itu.

Dalam masa sama, Ong berpandangan PN dijangka berdepan prestasi lebih lemah susulan kerjasama yang semakin longgar antara PAS dan Bersatu sepanjang kempen pilihan raya.

Katanya, sekiranya BN memperoleh kemenangan besar di Johor, keputusan itu berpotensi memberi kesan positif kepada BN menjelang PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos, selain boleh mempercepatkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-16.

Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *