Albert Tei mahu lawan Loke di Chennah

PETALING JAYA – Albert Tei tidak menolak kemungkinan menentang Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos ini.

Ahli perniagaan kontroversi itu berkata, masih mempertimbangkan perkara tersebut namun mengakui keputusannya hampir dimuktamadkan.

“Ada parti yang tawarkan saya bertanding dan saya masih dalam proses mempertimbangkannya, tetapi ia hampir pasti.

“Lagipun ramai kawan-kawan dan juga pengikut saya di media sosial yang berharap saya bertanding dalam pilihan raya kali ini. Mungkin saya akan umumkan keputusan itu minggu depan,” katanya menurut Sinar Harian.

Tei atau nama sebenarnya Tei Jiaan Cheing, 37, enggan berkongsi parti yang menawarkan peluang itu, namun menyasarkan bertanding di DUN Chennah kini disandang Loke.

Beliau berkata, hasrat bertanding di Negeri Sembilan didorong rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan DAP yang dilihat gagal mengotakan janji kepada rakyat.

“Saya belum pernah menjadi ahli mana-mana parti politik kerana perjuangan saya selama ini adalah atas kapasiti peribadi. Tapi mungkin PRN di Negeri Sembilan menjadi medan pertama saya menceburi politik,” katanya berasal dari Kuantan, Pahang.

Sebelum ini, media melaporkan Loke mengesahkan akan mempertahankan kerusi itu pada PRN Negeri Sembilan.

Loke mula bertanding di DUN itu PRU13 dan menang dengan majoriti 1,098 undi selepas memperoleh 5,128, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN).

Pada PRN Negeri Sembilan 2023, Loke sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 2,200 undi apabila memperoleh 5,888, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN).

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *