PAS Teruskan Langkah Baharu Selepas Rundingan Kerusi Johor Dengan UMNO, Wawasan Gagal

Oleh Siti Khadijah Manudin

JOHOR BAHRU PAS memutuskan untuk meneruskan perancangan politiknya selepas rundingan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bersama UMNO dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) tidak mencapai kata sepakat.

Pesuruhjaya PAS Johor, Mahfodz Mohamed berkata, parti itu tidak mahu terus terikat dengan rundingan yang berlarutan dan kini memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi pilihan raya.

Menurut beliau, PAS tetap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat sama, namun segala usaha perlu diteruskan tanpa menunggu persetujuan yang tidak kunjung dicapai.

Sebelum ini, PAS mengadakan perbincangan dengan UMNO dan Wawasan bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru dalam PRN Johor melalui persefahaman pembahagian kerusi.

Bagaimanapun, rundingan tersebut gagal mencapai persetujuan, menyebabkan PAS memilih untuk bergerak ke hadapan dengan strategi sendiri.

Mahfodz turut menegaskan keutamaan parti ketika ini ialah memastikan jentera pilihan raya bersedia sepenuhnya bagi menghadapi pertandingan, selain terus membuka ruang kerjasama sekiranya terdapat persetujuan pada masa akan datang.

Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *