Oleh Siti Khadijah Manudin
PETALING JAYA – Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) bakal mencipta sejarah apabila membuat penampilan sulung dalam pilihan raya dengan bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN).
Presidennya, P. Punithan berkata, penyertaan itu menandakan satu pencapaian penting buat parti yang pertama kali diberi peluang bertanding dalam pilihan raya di bawah gabungan PN.
Beliau turut memaklumkan rundingan pembahagian kerusi bersama parti-parti komponen berlangsung lancar tanpa sebarang pertikaian.
Menurutnya, semua parti dalam PN bersetuju untuk bergerak sebagai satu pasukan sepanjang kempen bagi memastikan jentera gabungan berfungsi secara bersepadu di kawasan yang ditandingi.
MIPP akan meletakkan calon di lima kerusi DUN, iaitu Bukit Permai, Paloh, Kota Iskandar, Pemanis dan Permas. Parti itu menyatakan fokus kempen adalah kepada peluang pekerjaan, pendidikan serta pemerkasaan ekonomi masyarakat.
Punithan berkata, penyertaan MIPP bukan sekadar untuk bertanding, malah bertujuan memperluaskan penyertaan masyarakat India dalam landskap politik negara serta memperkukuh sokongan terhadap PN menjelang Pilihan Raya Negeri Johor 11 Julai ini.
Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L