Oleh Siti Khadijah Manudin
KUALA LUMPUR – Umat Islam di sekitar Bukit Bintang kini boleh menunaikan solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang bermula hari ini selepas lokasi tersebut menerima kelulusan khas sementara bagi tujuan berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata kemudahan itu disediakan secara sementara sehingga pembinaan surau Jumaat kekal di kawasan berkenaan siap sepenuhnya. Beliau menyifatkan perkembangan tersebut sebagai satu detik bersejarah bagi komuniti Muslim di pusat pelancongan terkenal itu.
Menurut beliau, kemudahan baharu itu akan memudahkan umat Islam yang bekerja atau berada di sekitar Bukit Bintang untuk menunaikan solat Jumaat tanpa perlu bergegas ke masjid atau surau yang lebih jauh.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan usaha mewujudkan surau Jumaat yang lebih selesa di Bukit Bintang bagi memenuhi keperluan umat Islam di kawasan tumpuan pelancong tersebut. Bangunan Yayasan Selangor di persimpangan utama Bukit Bintang turut dikenal pasti untuk tujuan itu sekiranya tiada halangan.
Outreach Oasis Bukit Bintang yang beroperasi sejak 2024 berfungsi sebagai pusat dakwah dan kebajikan masyarakat, selain menganjurkan pelbagai program keagamaan serta kemasyarakatan di tengah-tengah ibu kota.
Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L