Dua penjenayah tegar tumpas berbalas tembakan dengan polis di Kajang

KUALA LUMPUR – Dua penjenayah tegar warga tempatan ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, di Kajang, Selangor, malam tadi.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata kejadian berbalas tembakan membabitkan pihak polis dan penjenayah itu berlaku jam 9.10 malam.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam beberapa kes samun di sekitar Lembah Klang.

“Pemeriksaan (di lokasi kejadian) menjumpai sepucuk pistol jenis revolver serta beberapa butir peluru dan kelongsong peluru. Turut ditemukan empat bilah parang, peralatan pecah rumah, topeng muka dan sarung tangan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kumar berkata, sidang media berhubung insiden itu akan diadakan hari ini. – BERNAMA

Telegram 

Facebook 

TikTok

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp 

Iklanadmin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *