Aktivis GSF 2.0 Dipercaya Dipindahkan Ke Penjara Ketziot Israel

Oleh Siti Khadijah Manudin

KUALA LUMPUR – Sebahagian aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditahan tentera Israel dipercayai telah dipindahkan ke Penjara Ketziot di Israel.

Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby menerusi satu sidang media yang turut dikongsikan dalam posting di Instagram Bernama Official, hari ini.

Menurut beliau, aktivis termasuk rakyat Malaysia yang ditahan di Pelabuhan Ashdod dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, SNCC mengecam tindakan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben Gvir yang didakwa melakukan kekerasan fizikal, tekanan mental serta ugutan terhadap aktivis yang menyertai misi kemanusiaan berkenaan.

“Sebahagian aktivis yang diculik dijangka dipindahkan ke Penjara Ketziot, Israel,” katanya.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan kapal-kapal GSF 2.0 dipintas tentera Israel ketika dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza sebelum ratusan aktivis ditahan.

Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *