Bola Satukan Rakyat Tanpa Naratif Politik

Oleh: NurFarhana Zulkeply

KUALA LUMPUR – Tanpa ucapan rasmi atau kempen, suasana santai di Taman Bukit Teratai Food Court, Ampang malam tadi membuktikan satu suasana perpaduan boleh berlaku secara semula jadi.

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkongsi pengalaman itu apabila menyaksikan perlawanan Liverpool menentang Manchester United bersama orang ramai di lokasi berkenaan.

“Tak pakai kasut pun selamba je timbang bola steady brader-brader ni,” katanya melalui laman sosial Facebook.

Menurut beliau, suasana penuh tenaga jelas terpancar apabila orang ramai dari pelbagai latar belakang duduk bersama, bersorak dan berinteraksi tanpa kekok.

“Budak-budak muda semangat. Aunty pun sporting join timbang bola. Semua duduk sekali, sorak sama-sama,” katanya yang juga Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri.

Beliau menegaskan, momen seperti itu mencerminkan realiti sebenar masyarakat Malaysia yang mampu bersatu tanpa perlu naratif atau dorongan politik.

“Inilah Malaysia. Kita teruskan,” katanya.

Perkongsian tersebut turut memaparkan suasana meriah di food court berkenaan, dengan sorakan dan interaksi spontan yang menggambarkan bagaimana sukan menjadi titik temu rakyat.

NurFarhana Zulkeply adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *