Promosi MADANI30 Galak Penggunaan ETS dan Perkhidmatan KTMB

KUALA LUMPUR – Promosi MADANI30 yang menawarkan diskaun 30 peratus bagi tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) menerima sambutan menggalakkan dengan jualan melebihi 21,000 tiket setakat ini.

Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Azhar Zikri berkata, promosi berkenaan adalah campuran komitmen syarikat bersama kerajaan dalam mendapatkan akses perjalanan dengan lebih berpatutan terutama peningkatan kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata, tawaran itu melibatkan semua perkhidmatan ETS bagi laluan Johor Bahru–Padang Besar serta laluan Johor Bahru–Tumpat, dengan diskaun diberikan sepanjang hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat bermula 15 April hingga 14 Oktober ini.

“Promosi ini terbuka kepada semua pengguna bagi kelas standard untuk perjalanan hari Isnin hingga Khamis, sekali gus memudahkan pengguna merancang perjalanan lebih awal sama ada bagi tujuan kerja atau percutian.

“Inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Pengangkutan ini bukan sahaja meningkatkan akses kepada pengangkutan awam berkualiti, malah turut menyokong usaha menggalakkan peralihan kepada mod pengangkutan lebih mampan, selesa dan efisien selain mempertingkatkan keterhubungan antara bandar dengan wilayah,” katanya bersama Bernama Radio, hari ini.

Diskaun 30 peratus bagi pembelian tiket ETS dan ERT menggunakan kod promosi MADANI30 akan berakhir pada Khamis ini.

Selain itu, Azfar berkata penambahan 10 set tren baharu bagi sektor Kuala Lumpur-Johor Bahru menyumbang kepada lonjakan 40 peratus jumlah penumpang harian yang kini mencatat purata 16,000 penumpang sehari berbanding kira-kira 10,000 orang sebelum ini.

Pencapaian ini merupakan yang tertinggi buat KTMB sejak proses pemodenan daripada tren arang batu kepada tren elektrik moden dilaksanakan.

Aspek keselamatan kekal menjadi keutamaan dengan jadual penyelenggaraan tren dan infrastruktur yang dilaksanakan secara berkala dengan kerja-kerja menaik taraf landasan berusia lebih 30 tahun di Lembah Klang turut dijalankan bagi meningkatkan kecekapan melalui projek KVDT.

Projek KVDT melibatkan dua fasa merangkumi beberapa sektor utama termasuk Rawang-Salak Selatan dan Bangi-Seremban. KTMB turut berdepan cabaran kecurian kabel di sepanjang rangkaian landasan kira-kira 1,700 kilometer yang boleh menjejaskan operasi dan menyeru orang ramai diminta menjadi “mata dan telinga” dengan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa atau stesen KTMB terdekat.

Berita ini diolah semula oleh Fatin Sajidah Fathuldin, pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *