Suri Rumah Ditahan Reman 5 Hari Miliki 5 Laras Senjata Api Termasuk M16

GUA MUSANG – Seorang suri rumah berusia 32 tahun direman lima hari selepas ditahan memiliki lima laras senjata api, termasuk raifal jenis M16, dalam satu serbuan di rumahnya di Kampung Miak, di sini, semalam.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di bawah pengawasan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Senjata Api 1960.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, suspek ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama lima laras senjata api dalam operasi serbuan jam 6.45 petang yang dijalankan di rumah wanita itu.

Serbuan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Batalion 8 PGA menerusi Ops Bersepadu Khazanah selepas pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti penyimpanan bahagian terbitan hidupan liar yang dilindungi.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain, mengesahkan bahawa operasi tersebut bertujuan membanteras aktiviti haram penyimpanan senjata api dan barangan berhubung hidupan liar.

Susulan penahanan ini, polis akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti rangkaian dan motif di sebalik pemilikan senjata api berbahaya tersebut.

Berita ini diolah semula oleh NurFarhana Zulkeply. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *