GEORGE TOWN – Seorang remaja berusia 13 tahun ditemui meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.45 petang selepas mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat 8 bangunan berkenaan.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di tingkat 16 sebelum terhempas ke tingkat 8 kira-kira jam 5.49 petang,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan di tempat kejadian serta ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, manakala mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tujuan bedah siasat untuk menentukan punca kematian selain Laporan Mati Mengejut (LMM).
Berita ini diolah semula oleh Fatin Sajidah Fathuldin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L