Kes Rasuah RM5 Juta: Empat Individu Direman Bantu Siasatan

Oleh NurFarhana Zulkeply

IPOH – Empat individu termasuk dua pensyarah institusi pengajian tinggi swasta ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang dianggarkan bernilai kira-kira RM5 juta.

Perintah reman selama empat hari sehingga 11 April dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh susulan permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an.

Menurut sumber, mereka dipercayai meminta dan menerima rasuah sebagai balasan membantu beberapa syarikat mendapatkan projek penyelidikan serta terlibat dalam penyelewengan dana penyelidikan universiti. 

Siasatan awal mendapati kegiatan itu berlaku antara 2019 hingga 2025, dengan seorang pegawai syarikat minyak dan seorang pengarah syarikat kejuruteraan dipercayai bertindak sebagai orang tengah. 

SPRM turut membekukan 70 akaun bank melibatkan kira-kira RM8.5 juta serta menyita tujuh kenderaan bagi membantu siasatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *