ANKARA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebentar tadi mengumumkan penangguhan serangan ketenteraan ke atas Iran selama dua minggu.
Berikut adalah kronologi sebelum gencatan senjata itu diumumkan.
21 Mac – Trump memberi tempoh 48 jam kepada Iran untuk membuka semula Selat Hormuz, dengan amaran bahawa tentera AS akan menyerang kemudahan tenaga negara itu jika ia gagal mematuhi arahan diberikan.
23 Mac – Trump berkata “rundingan yang sangat baik dan produktif” telah berlangsung dan menangguhkan serangan yang dirancang selama lima hari.
27 Mac – Trump melanjutkan lagi tarikh akhir itu sehingga 6 April.
29 Mac – Permusuhan semakin memuncak apabila sebuah pesawat amaran awal E-3 Sentry milik AS mengalami kerosakan di darat ketika serangan udara di Pangkalan Udara Prince Sultan di Arab Saudi.
2 April – Tentera AS dan Israel menyasarkan Jambatan B1 yang menghubungkan Tehran dan Karaj.
3 dan 4 April – Pesawat F-15E dan A-10 Warthog milik AS ditembak jatuh, manakala dua pesawat C-130 musnah semasa operasi menyelamat seorang juruterbang.
5 April – Serangan ke atas infrastruktur tenaga berterusan. Serangan ke atas kemudahan petrokimia Borouge di Abu Dhabi menyebabkan kebakaran, manakala serangan pesawat tanpa pemandu (UAV) ke atas kemudahan minyak di Shuwaikh, Kuwait, turut mencetuskan kebakaran.
5 April – Trump melanjutkan tarikh akhir untuk perjanjian dengan Iran sehingga Selasa, pukul 8 malam EDT (0000 GMT Rabu).
6 April – Kemudahan petrokimia Iran di Asaluyeh dan Kompleks Petrokimia Shiraz menjadi sasaran. Satu serangan UAV di Pangkalan Udara Ali Al-Salim telah mencederakan 15 tentera AS.
7 April – Sebuah jambatan kereta api di Isfahan telah diserang, manakala Pulau Kharg di Teluk Parsi turut menjadi sasaran serangan. Perkembangan ini menunjukkan peningkatan ketegangan yang mendadak di rantau itu, dengan serangan yang menjejaskan Iran, Israel, Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
8 April – Trump umum penangguhan serangan ketenteraan yang terhadap Iran selama dua mimggu. Keputusan itu dicapai susulan perbincangan dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif termasuk Panglima Tenteranya, Asim Munir, yang memohon agar tindakan ketenteraan ditangguhkan. – BERNAMA-ANADOLU
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L