AS kemuka 15 cadangan kepada Iran

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) dikatakan mengemukakan 15 cadangan kepada Iran untuk dipersetujui.

Bagaimanapun, Tehran dikatakan memberi maklum balas terkandung 10 perkara terhadap tuntutan AS.

Perkara yang dituntut Iran dalam pelan gencatan Trump antara lain, jaminan Iran tidak akan diserang lagi; Penamatan perang secara kekal, bukan sekadar gencatan senjata; Penamatan serangan Israel di Lubnan; Penarikan semua sekatan AS ke atas Iran; Penamatan semua konflik serantau terhadap sekutu Iran.

Turut dituntut Iran ialah sebagai balasan, Iran akan membuka Selat Hormuz; Iran akan mengenakan bayaran sebanyak AS$2 juta bagi setiap kapal melalui Selat Hormuz; Iran akan berkongsi hasil bayaran tersebut dengan Oman; Iran akan menetapkan peraturan bagi laluan selamat melalui Selat Hormuz; dan Iran akan menggunakan hasil bayaran Selat Hormuz untuk pembinaan semula, bukan sebagai pampasan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *